»
»
»Belajar Online: Hati Versus Jantung

Belajar Online: Hati Versus Jantung

Kita orang Indonesia sangat keliru or salah menilai antara istilah Jantung dan hati. Perkataan “jantung” dalam Bahasa Asing/Inggris disebut sebagai “heart”; manakala “hati” pula ialah liver. Kedua-dua organ dalaman ini terletak di tempat yang berlaian dan mempunyai fungsi yang berbeza. Heart atau jantung bertindak mengepam dan membersihkan darah dalam badan kita dan hati atau liver pula menyimpan glukosa. Dalam Webster’s Dictionary heart disebut sebagai “the seat of emotion” yakni tempat tersimpannya perasaan atau emosi. Oleh itu nyatalah perasan kita terletak di jantung – bukan hati ! Begitu jugak semua ahli psikologi dan psikiatri menganggap emosi terletak di jantung (heart). Contohnya ketika kita marah kenapa muka kita jadi merah? Jawabnya ialah kerana darah dari jantung kita sudah di pam oleh jantung naik ke muka kerana perasaan kita terletak di jantung.. Nyatalah di sini jantung memainkan peranan mencetuskan perasaan kita – bukannya hati (liver). Tetapi anehnya kita orang Indonesia menganggap perasaan itu datangnya dari hati hingga akan terlalu banyak simpulan bahasa kita yang menyatakan perasaan dikaitkan dengan “hati” misalnya sakit hati, busuk hati, tawar hati, keras hati dll. Apakah kita berpendapat perasaan itu datangnya dari hati (liver) bukan jantung (heart) ?

Akibatnya kita telah tersalah terjemah ungkapan “sweet-heart” sebagai “buah hati” yang sepatutnya “buah jantung” kerana heart itu adalah jantung – bukan hati ! Begitu juga istilah “broken-heart bukanlah “patah hati” tetapi lebih tepat lagi disebut “patah jantung” !



Dalam Islam sendiri perkataan heart itu dirujuk kepada jantung – bukan hati. Misalnya dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “qalb” atau kalbu. Apakah yang kita maksudkan “kalbu” itu sebagi hati atau jantung? Nabi kita Muhammad SAW pernah berkata, “Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu akan baiklah orang itu; begitu juga sebaliknya.” Apakah maksud “seketul daging” itu hati atau jantung ? Nyatalah ulama kita kita telah menterjemahkan seketul daging itu sebagai “hati” (liver) yang sepatutnya “jantung” (heart).




Satu contoh lagi: ketika Nabi Muhammad masih kanak-kanak, malaikat telah membelah dadanya untuk membersihkan satu organ dalamannya. Apakah yang dibersihkan oleh malaikat itu jantung atau hati? Jika organ itu hati kenapa pulak malaikat membedah dada nabi sedangkan hati (liver) bukannya terletak di dada...!!!!!!!!!! Oleh itu nyatalah malaikat telah membersihkan jantung Nabi yang terletak di dada.



Apakah sama perkataan antara “sakit hati” dengan “sakit jantung”..!!!?????? Disinilah letaknya kekeliruan kita !! Apa pendapat anda semua????
"Belajar Online: Hati Versus Jantung" was posted by: Wong Goblog Ngeblog blogs, under category Belajar Online and permalinks http://wonggoblogne.blogspot.com/2011/04/hati-versus-jantung.html. Ratings: 1010 Votings: 97,687, , 15:37.

Comments :

 
Is Hosted by Blogger